KPDNKK jamin produk Kedai Rakyat 1Malaysia selamat
KUALA TERENGGANU, SABTU, 10 Mei, 2014: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya produk dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak selamat dan tidak berkualiti.
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek memberi jaminan semua produk di KR1M adalah selamat dan berkualiti walaupun harganya jauh lebih rendah.
"Tuduhan seperti ini mempunyai niat tidak elok dan bertujuan melumpuhkan usaha kerajaan dalam menyediakan alternatif kepada rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah untuk membeli barangan harian dengan harga berpatutan.
"Kalau betul ada penipuan, maklumkan kepada kita agar kementerian boleh mengambil tindakan sepatutnya...bukan hanya sekadar cakap-cakap kosong sahaja tanpa laporan rasmi berserta butiran lengkap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan KR1M di sini hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment