My Add

Saturday, 10 May 2014

Militan sanggup membunuh saudara seagama - Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan umat Islam yang terlibat dalam gerakan militan sebagai terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Malangnya, menurut beliau, anggota-anggota kumpulan militan terbabit menyangka kegiatan mereka tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

"Semua itu salah, semua umat Islam sepatutnya menganggap diri mereka sebagai bersaudara.

"Namun, mereka lebih gemar berbunuhan sesama sendiri. Perbuatan itu tidak mencerminkan ajaran Islam," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan buku Reminiscences of Insurrection: Malaysia's Battle Against Terrorism 1960-1990 di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Haniff Omar; Ketua Staf Markas ATM, Laksamana Madya Datuk Nasaruddin Othman; Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim dan penulis buku tersebut, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Azzam Mohd. Hanif Ghows.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga Somalia di Selangor kerana disyaki anggota kumpulan pengganas Al-Syabab. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment