Misi kedua carian MH370 di Lautan Hindi bermula
PERTH, SABTU, 10 Mei, 2014: Kapal Tentera Laut Diraja Australia, Ocean Shield yang dalam misi kedua mencari pesawat MH370 hari ini meninggalkan pelabuhan di sini menuju ke kawasan isyarat 'ping' didengar sebelum ini dengan membawa dron dasar laut Bluefin-21.
Kapal itu menuju ke kawasan di mana isyarat yang pertama kali didengar selama kira-kira dua jam pada 5 April lepas, kira-kira 1,600 km (1,000 batu) di barat laut Perth untuk membolehkan dron Bluefin-21 melakukan carian dasar laut.
Pelbagai negara telah terlibat dalam usaha mencari pesawat Boeing 777-200 itu yang hilang dari radar selepas berlepas dari Kuala Lumpur untuk ke Beijing pada 8 Mac lepas. - REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment