My Add

Tuesday 27 May 2014

NGO, rakyat perlu proaktif bantu kerajaan

KUALA LUMPUR, SELASA 27 Mei, 2014: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengguna dan orang ramai digesa untuk lebih proaktif bekerjasama membantu kerajaan dalam menangani isu berkaitan keselamatan dan kualiti produk makanan.

Ketua Pengarah Jabatan Standards Malaysia, Fadilah Baharin berkata, ujian produk makanan boleh dilakukan di 12 makmal di seluruh negara yang mendapat akreditasi jabatan tersebut.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian International Exhibition on Laboratory Instrumentation, Equipment, Automation and Services (MLAB) Ke-12 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment