My Add

Tuesday 27 May 2014

Perkhidmatan polis perlu dipertingkatkan
Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD

BATU PAHAT, SELASA 27 Mei, 2014: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangunan ekonomi dan perkembangan sosial semasa memerlukan perkhidmatan polis dipertingkatkan keupayaannya untuk mendepani persekitaran yang kian kompleks.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, kelengkapan logistik dan prasarana yang terkini merupakan satu keperluan dalam menjadikan perkhidmatan polis berkelas dunia.

Beliau berkata, perkhidmatan polis tidak boleh ketinggalan kerana dunia begitu dinamik dalam serba-serbi serta fenomena sosial dan penjenayahan.

"Seiring dengan tahap kepakaran yang diperluaskan, polis perlu terus meningkatkan keupayaan dalam penugasan mereka. Oleh itu prasarana terbaik perlu diberikan agar berada selari dengan pembangunan negara," katanya semasa merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment