My Add

Wednesday 28 May 2014

PRK Teluk Intan: Calon DAP hidap sindrom 'tiga tidak'

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

TELUK INTAN, RABU 28 Mei, 2014: Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud terus didesak untuk menyatakan pendirian sebenar mengenai perlaksanaan hukum hudud di negara ini.

Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dalam sidang akhbar di pejabat parti itu di sini hari ini berkata, Dyana Sofya tidak sepatutnya menyatakan pendirian yang berlainan kepada masyarakat Cina dan Melayu.

"Dyana Sofya seharusnya tegas dengan pendiriannya mengenai perlaksanaan hukum berkenaan.

"Dalam hal ini kita lihat Dyana Sofya dilihat menghidap sindrom 'tiga tidak' iaitu tidak berintegriti, tidak jujur dan tidak ikhlas," kata Ko Yong.

Menurut beliau sindrom 'tiga tidak' Dyana Sofya itu juga dapat dilihat apabila calon DAP itu turut tidak konsisten dalam memberikan jawapan mengenai kedudukan ibunya dalam Perkasa.

Malah, Dyana Sofya juga dilihat seperti dikawal oleh pucuk pimpinan DAP apabila tidak berupaya memberi jawapan jelas dalam sidang akhbar bersama media.

"Kita dapat lihat dengan jelas dalam sidang akhbar pucuk pimpinan DAP terpaksa memberikan jawapan untuk Dyana Sofya.

"Calon ini jelas di kawal dari jauh oleh pucuk pimpinan DAP. Pengundi di Teluk Intan tidak perlukan calon yang sebegini," kata Ko Yong.

Sementara itu, Setiausaha Agong Gerakan, Liang Teck Meng yang turut berada dalam sidang akhbar itu mendakwa manifesto yang dilancarkan calon DAP itu menciplak manifesto calon BN, Datuk Mah Siew Keong.

"Manifesto mereka jelas 'potong dan tampal' daripada manifesto BN. Ini terutama mengenai program berkaitan anak muda," kata Teck Meng. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment