My Add

Wednesday 28 May 2014

Kementerian Kesihatan hanya lakukan ujian DNA jika pengguna lapor

KUALA LUMPUR, RABU 28 Mei, 2014: Kementerian Kesihatan hanya akan menjalankan pemeriksaan Asid Deoksiribonukliek (DNA) terhadap produk-produk coklat jenama lain sekiranya mendapat laporan atau aduan daripada pengguna berhubung keraguan mereka terhadap bahan-bahan yang digunakan di dalam produk terbabit.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai berkata, ini kerana, kos bagi menjalankan ujian DNA sesuatu produk adalah mahal dan memerlukan dana yang besar.

Katanya, adalah tidak praktikal untuk pihak kementerian menjalankan ujian DNA ke atas semua produk coklat yang berada di pasaran walaupun ketika ini isu pencemaran DNA babi dikesan di dalam dua produk coklat keluaran syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. (Cadbury) membimbangkan pengguna. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment