My Add

Wednesday, 28 May 2014

Rogol beramai-ramai: 10 individu ditahan

KOTA BHARU, RABU 28 Mei, 2014: Sebanyak 10 individu termasuk seorang remaja perempuan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dua pelajar dirogol 38 individu di Ketereh, 20 Mei lalu.

Suspek yang ditahan itu termasuk salah seorang remaja yang turut menjadi mangsa rogol berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, empat suspek ditahan semalam sebelum enam lelaki ditahan awal pagi ini di sekitar Ketereh.

"Polis masih mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment