My Add

Wednesday, 28 May 2014

Rogol: Empat individu ditahan reman

KOTA BHARU, RABU 28 Mei, 2014: Empat individu termasuk seorang remaja perempuan berusia lima belas tahun ditahan reman masing-masing enam dan tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dua pelajar dirogol 38 lelaki di Ketereh di sini malam Selasa lalu.

Suspek yang ditahan reman itu termasuk salah seorang remaja yang turut menjadi mangsa dalam kejadian tersebut.

Perintah tahanan tersebut dikeluarkan oleh Pendaftar, Rozita Md. Saat di Mahkamah Majistret Kota Bharu dekat sini hari ini.

Lapan lagi suspek yang ditahan awal pagi ini akan mendapat perintah tahanan reman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-UTUSAN ONLINE.

No comments:

Post a Comment