My Add

Saturday, 10 May 2014

Sambut Hari Ibu dengan batik kontemporari

Oleh HASNURUL MOHAMED

KUALA LUMPUR, SABTU, 10 Mei, 2014: Sempena dengan sambutan Hari Ibu esok, Yayasan Budi Penyayang menganjurkan satu pertunjukan fesyen istimewa bertempat di Galeri Seri Endon di sini hari ini.

Sebanyak lapan pereka fesyen yang pernah menyertai pertandingan Piala Seri Endon mempamerkan rekaan mereka yang diperagakan oleh barisan model tempatan.

Dalam ucapan alu-aluan, Pengerusi Yayasan Budi Penyayang, Nori Abdullah berkata,

Galeri Seri Endon sudah tujuh tahun beroperasi dan menjadi pusat jualan batik terbaik di negara ini.

"Dengan adanya Galeri Seri Endon ini, ia juga membuka ruang dan peluang kepada para pereka batik berbakat lagi berpotensi memaparkan hasil karya mereka kepada khalayak khususnya penggemar batik," katanya.

Hadir sama pada majlis petang ini ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Rekaan batik lapan pereka fesyen yang terdiri daripada Jaludin Zaini, Jamilah Shukri, Karl Ng, Masrina Abdullah, Nik Intan Rashid, Rizal Jasman, Shuhairi Maslina dan Zoe Tan dijual kepada hadirin yang menyaksikan pertunjukan fesyen petang ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment