Touch 'n Go jangka 5 juta pengguna baharu
MELAKA, KHAMIS, 01 Mei, 2014: Touch 'n Go Sdn. Bhd. (TNGSB) menjangka lima juta pengguna baharu bagi kad pintar Touch 'n Go (TnG), kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Karim Md. Lassim hari ini.
"TnG memiliki purata kira-kira 2.5 juta pengguna baharu setahun dan setakat ini, kira-kira 13 juta orang di negara ini mempunyai kad TnG, dengan tujuh juta daripada mereka pengguna aktif," katanya kepada pemberita selepas majlis permeterian Memorandum Persefahaman (MoU) antara TNGSB dengan Melaka ICT Holdings Sdn. Bhd. (MITCH) serta Bahagian K-Ekonomi Jabatan Ketua Menteri Melaka bagi pengenalan kad MYMelaka, di sini, hari ini.
Abdul Karim mewakili TNGSB, manakala MITCH diwakili oleh ketua pegawai eksekutifnya, Mas Parwin Mahamooth dan Bahagian K-Ekonomi oleh ketua teknologi maklumat negeri, Dr. Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen.
Beliau berkata. penggunaan kad TnG telah diperluaskan kepada pengangkutan awam, pasar raya, pasar raya besar, restoran makanan segera, farmasi dan kawasan parkir di seluruh negara. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment