![]() |
Mohd. Ridzuan |
Presiden Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, turut perlu diberi perhatian ialah meneliti kesan perjanjian tersebut secara terperinci terhadap pendapatan usahawan kecil dan sederhana sebelum mengambil keputusan muktamad.
Katanya, pada masa ini, ekonomi negara dan juga pemilikan bangunan dalam bandar dimonopoli oleh satu kaum iaitu Cina dan perkara itu perlu segera diatasi bagi mewujudkan sistem ekonomi yang lebih adil dan sama rata dalam memastikan agenda perjuangan ekonomi bumiputera tidak terbantut.
Jika dilihat persekitaran ekonomi negara, 82 peratus dikuasai oleh kaum Cina yang sekali gus memperlihatkan kerajaan masih tidak berjaya memberi hak sama rata kepada usahawan bumiputera dan sekiranya TPPA ini dimeterai, saya khuatir peniaga bumiputera terus jauh ketinggalan memandangkan konsep perjanjian itu akan membuka pasaran yang luas kepada peniaga asing.
Sekarang ini pun orang Melayu ketinggalan, entah bagaimana pula keadaannya apabila peniaga asing yang lebih ke hadapan daripada segi teknologi menguasai sektor perniagaan. Hal ini akan menyebabkan peniaga asing memonopoli sektor ekonomi negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan peribadi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa tidak perlu bagi Malaysia menandatangani perjanjian TPPA memandangkan sebaik sahaja dimeterai, pasaran negara ini akan dibuka dan ini tidak semestinya menguntungkan rakyat.
Sambil menyokong kenyataan Dr. Mahathir, Mohd. Ridzuan berkata, kerajaan dalam masa yang sama perlu menyedari kepentingan ekonomi orang Melayu dan bumiputera pada masa ini berada pada tahap memuaskan dan tidak adil bagi peniaga sekiranya kerajaan menutup periuk nasi mereka dengan membuka pasaran.
Dasar yang ada ketika ini walaupun tidak menyeluruh berpihak kepada usahawan bumiputera namun masih berjaya melahirkan usahawan dalam bidang kesihatan, fesyen dan sebagainya.
Bayangkan jika pasaran dibuka sudah pastinya rakyat cenderung memilih produk dari luar negara yang lebih terkenal daripada segi jenamanya. Pada ketika itu, kita dapat melihat ekonomi orang Melayu terutamanya semakin tenat," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment