Tribunal tolak tuntutan kos ganti rugi RM125,000 terhadap agensi umrah
SHAH ALAM, KHAMIS, 08 Mei, 2014: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) menolak kes tuntutan kos ganti rugi berjumlah RM125,000 oleh lima individu terhadap sebuah agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah dan ziarah.
Presiden TTPM, Maznah Haron berkata, individu tersebut hanya dibenar membuat tuntutan tidak melebihi kos sebenar sebanyak RM8,200 yang dibayar oleh setiap seorang itu bagi pakej umrah dan ziarah ketiga destinasi iaitu Mekah, Madinah dan Baitulmuqaddis.
Kelima-lima individu itu ialah Mariam Bee Mohd. Thaiyoob, Othman Ahmad,
Suryamunawarah Usmani Othman, Johorabee Mohd. Thaiyoob dan Salwahidayah Usmani Othman mengemukakan tuntutan tersebut terhadap Dasree Travel and Tours (DTT) yang beroperasi di Alor Setar, Kedah.
Mereka memohon ganti rugi sebanyak RM25,000 setiap seorang merangkumi ganti rugi perjalanan, tekanan dan tauladan setelah mendakwa agensi pelancongan itu gagal memberi keselesaan kepada pelanggan.
Dalam penghakimannya, Maznah berkata, individu itu tidak boleh membuat
tuntutan melebihi kos tersebut dan perlu mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti tuntutan lebihan tersebut. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment