My Add

Saturday, 10 May 2014

Tun Mahathir kongsi kisah kejayaan Malaysia tewaskan komunis

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Kesediaan rakyat Malaysia menggalas senjata untuk memerangi pengganas komunis selain usaha kerajaan untuk menambat hati dan minda rakyat merupakan dua sebab mengapa negara ini dapat menewaskan pemberontak.

Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kesediaan rakyat negara ini memerangi pengganas perlu dipuji kerana sanggup menggadai nyawa untuk menentang musuh walaupun terdedah kepada risiko terbunuh, cedera atau kehilangan anggota tubuh.

"Saya tidak suka bertempur dengan seseorang yang mungkin menembak saya. Tetapi pasukan keselamatan mengambil risiko itu dan bertempur dan membunuh, atau mungkin dibunuh. Ia bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, saya lebih suka berada di dalam pejabat yang berhawa dingin sambil menulis.

"Seseorang perlu bertempur dan Malaysia amat beruntung kerana ada rakyatnya yang bersedia untuk bertempur menentang musuh," katanya semasa berucap melancarkan buku bertajuk "Reminiscences of Insurrection: Malaysia's Battle Against Terrorism 1960-1990" di sini, hari ini.

Dr. Mahathir berkata, beliau juga berkongsi mengenai strategi untuk mengalahkan gerila komunis di Malaysia dengan bekas presiden Afrika Selatan mendiang Nelson Mandela. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment