![]() |
* SEBAHAGIAN daripada peserta yang hadir pada Simposium Pengurusan Kekayaan Islam 2014 di Kuala Lumpur, semalam.- UTUSAN/Mohd Farizwan Hasbullah |
Malah, wakaf juga sekiranya diurus dengan baik akan menjadi sumber dan dana pelaburan baharu yang penting kepada pembangunan negara.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kewangan Islam Antarabangsa Bersekutu, Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, kerangka kerja yang khusus bagi menjamin tadbir urus yang baik membolehkan Malaysia menjadi perintis kepada pengurusan wakaf di rantau ini.
Dalam konteks ini, Malaysia perlu bergerak cepat kerana struktur kerja sudah ada supaya ia memberi manfaat kepada masyarakat.
Untuk itu, saya berpendapat, wakaf boleh dikhususkan kepada projek yang melibatkan kerjasama antara kerajaan dan swasta," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjadi ahli panel sesi perbincangan yang menyentuh topik tentang Wakaf Sebagai Kelas Aset Dalam Kewangan Islam Kontemporari sempena Simposium Pengurusan Kekayaan Islam 2014 di sini hari ini. Seminar tersebut dianjurkan oleh BNP Paribas-Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).
Pada sesi itu, Pengarah BNP Paribas-Pusat Pengurusan Kekayaan Islam INCIEF (CIWM), Prof. Dr. Shamsher Mohamad bertindak sebagai moderator.
Menurut Mohd. Daud, perkembangan wakaf buat masa ini memerlukan beberapa kajian dilakukan seperti pengecualian cukai pendapatan dan sebagainya.
Ini perlu melibatkan wacana-wacana tertentu dan sebarang industri perlu memberi pertimbangan untuk tingkatkan industri dan bersaing secara kompetitif," ujarnya.
Beliau berkata, dari segi kerangka kerja perundangan pula, ia perlu mengambil kira pemegang kepentingan (stakeholder) supaya ia tidak menjejaskan bidang kuasa kerja dan status quo antara kerajaan negeri dan persekutuan.
Menyentuh tentang tanggapan sesetengah pihak yang menganggap wakaf hanya untuk orang Islam, beliau menjelaskan, perkara tersebut tidak timbul sama sekali. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment