My Add

Saturday 22 October 2011

100,000 ahli pelbagai NGO dijangka hadiri Himpun

Sebahagian daripada ahli kumpulan nasyid yang akan mengadakan persembahan sempena Himpunan Sejuta Umat sedang membuat persiapan dan latihan di stadium Shah Alam, semalam.
SABTU, 22 Oktober, 2011: Hampir 100,000 ahli daripada kira-kira 3,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka menghadiri Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam, petang ini.


Menurut Setiausaha Himpun, Aminuddin Yahaya, antara NGO berkenaan adalah Gabungan Wawasan Generasi Felda, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Front Bertindak Anti Murtad, persatuan bekas polis dan tentera, persatuan silat, persatuan Islam, persatuan pelajar dan lain-lain.Beliau berkata, jumlah tersebut tidak termasuk orang awam yang bukan ahli NGO dan mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang.


''Kita memang telah membuat persediaan rapi terutama dari segi keselamatan dan pengisian untuk majlis yang akan berlangsung kira-kira empat jam ini.''Dengan sokongan yang diterima, kata beliau, Himpun yakin sasaran untuk memperkasakan suara umat Islam dalam menegakkan syiar Islam serta mencegah murtad akan tercapai," katanya. 


Mengenai Himpun, Aminuddin berkata, seramai 1,500 anggota pihak keselamatan dan sekretariat ditugaskan menjaga keamanan.Jelas beliau, pihaknya juga telah menyiapkan pentas untuk persembahan dan ceramah bagi mengisi majlis yang dijangka bermula pukul 2 petang hingga 6 petang.

 




No comments:

Post a Comment