My Add

Saturday 22 October 2011

'Rakyat Libya diharap lakukan perubahan untuk keamanan'


Bernama
SABTU, 22 Oktober, 2011: Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap rakyat Libya bersatu padu melakukan perubahan yang boleh membawa keamanan dan kestabilan negara itu selepas kematian pemimpin mereka Muammar Gaddafi.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, perubahan perlu segera dilakukan bagi menjamin masa depan rakyat dan negara itu.

"Kita berharap Libya akan menjadi lebih baik dan maju. Itulah harapan semua orang,” kata Abdullah kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat Daerah Seberang Perai Utara di Kepala Batas, hari ini.

Beliau berkata pergolakan yang berlaku di Libya perlu dijadikan pengajaran oleh negara lain termasuk Malaysia, di mana setiap perubahan perlu dilakukan secara aman bagi mengelak tercetusnya perbalahan seperti perang saudara."Apa yang penting sekarang, kita di Malaysia perlu menjaga negara supaya selamanya aman. 

Dengan pemerintahan yang ada, kita dapat mengekalkan kemakmuran negara,” katanya.Gaddafi, 69, terbunuh ketika pejuang menggempur bandar kelahiran dan kubu terakhirnya di Sirte, pada hari Khamis sekali gus menamatkan pemberontakan selama lapan bulan bagi menumbangkan pemerintahannya. 

No comments:

Post a Comment