My Add

Wednesday 19 October 2011

Ada sesuatu tidak kena dengan Himpunan sejuta Rakyat


Harakahdaily 
RABU, 19 Oktober, 2911: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini.

Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam.

Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur.

“Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily.

Beliau menggariskan lima alasan untuk berasa khuatir dalam konteks hubungan antara agama di negara ini.

Katanya, perhimpunan itu diadakan dalam suasana hubungan antara agama di negara ini dalam keadaan rapuh dan apa sahaja suasana permusuhan tidak akan membantu usaha usaha mewujudkan keharmonian hubungan antara agama di negara ini.

Di samping itu, ujarnya perhimpunan itu dikhuatiri akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama.

“Lebih buruk ia dikhuatiri satu perancangan jahat yang menjadi agenda parti yang terdesak untuk terus berkuasa dengan cara mencetuskan ketegangan,” ujarnya yang juga AJK Pas Pusat.

PKR juga tidak sertai Himpun

RABU, 19 Oktober, 2011: PKR mengambil pendirian sama dengan Pas iaitu tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya hanya tidak terlibat dengan perhimpunan itu namun teguh mempertahankan prinsip Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan segala usaha mempertahankan akidah umat Islam harus ditingkatkan.

"PKR juga mengambil sikap sama (dengan Pas dan beberapa NGO) untuk tidak menyertai perhimpunan itu.

"Dari segi kedudukan Islam, adalah menjadi keperluan kita memperkukuh akidah, untuk meningkatkan dakwah, kita tekankan itu perlu ditingkatkan," kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pas dalam mesyuarat lajnah politiknya malam tadi memutuskan tidak menyertai Himpun atas dasar menghormati kehendak penganjur yang tidak mahu ia melibatkan parti-parti politik.




No comments:

Post a Comment