My Add

Wednesday 19 October 2011

Wakil BN anggap Ladang Rakyat di Gua Musang gagal

Bernama
RABU, 19 Oktober, 2011: Dua projek Ladang Rakyat di Gua Musang yang dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan dianggap sebagai gagal dan mengalami kerugian sejak dilaksanakan lima tahun lepas.

Perkara itu dibangkitkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini oleh Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) yang meragui kejayaan pelaksanaan projek berkenaan di kawasan Limau Kasturi dan Paloh 4, yang kononnya untuk membantu rakyat.

Beliau mendakwa, sehingga kini terdapat kawasan di dua lokasi Ladang Rakyat itu yang masih tidak ditanam dengan pokok kelapa sawit.

"Pelaksanaan Ladang Rakyat di Limau Kasturi dan Paloh 4 itu sudah tidak berjaya dan ini yang kita musykilkan kerana ia telah dilaksanakan sejak lima tahun lalu,” katanya.

Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) pula meminta kerajaan negeri mengeluarkan senarai nama induk peserta Ladang Rakyat bagi memastikan sama ada kesemua mereka itu terdiri daripada penyokong Pas. 

No comments:

Post a Comment