My Add

Saturday 8 October 2011

Bajet 2012 bersifat 'one-off' - Mahfuz Omar

Datuk Mahfuz Omar
  
Hazayani Zakaria
Harakahdaily  

SABTU, 8 Oktober 2011: PAS tidak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2012 semalam kerana pemberiannya banyak bersifat one-off.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan akan dapat menampung pemberian one-off tersebut kerana tidak ada jaminan subsidi barang keperluan asas tidak akan dikurangkan tahun hadapan.

Belanjawan ini, katanya sekaligus tidak dapat membantu rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup tinggi.

a"Banyak perkara yang diumum bersifat one off. Semua itu dapat dicover balik oleh kerajaan kerana kerajaan tidak memberikan jaminan subsidi harga minyak dan keperluan asas yang lain tidak akan dikurangkan pada 2012.

"Rakyat akan berhadapan dengan kos sara hidup dan belanjawan hari ini tidak menyelesaikan masalah seperti yang diwarwarkan iaitu hendak menyelesaikan masalah beban kos sara hidup rakyat," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen selepas pembentangan belanjawan petang semalam.

Antara bayaran secara one-off ialah bantuan kepada bekas kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) seramai 4,300 orang.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berkata, Datuk Seri Najib Razak dilihat ingin "berlawan" dengan Pakatan Rakyat dengan cuba mempamerkan belanjawan yang lebih baik daripada yang dibentangkan Pakatan, Selasa lalu.

"Kerajaan terdesak kerana ingin menunjukkan belanjawannya lebih baik daripada belanjawan Pakatan.

"Nampaknya Najib berpegang pada konsep "perlawanan" dalam pembentangan bajet. Tapi apa yang penting, rakyat dapat apa yang diumumkan," katanya.

Syarikat teksi untung

Selain itu, mengulas mengenai pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan, beliau berkata ianya lebih menguntungkan syarikat teksi daripada pemandunya.

"Sepatutnya Najib mengumumkan penghapusan permit syarikat teksi dengan diberikan permit kepada individu," katanya.

Ogos lalu, Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor menganjurkan pertemuan dengan pimpinan Pakatan Rakyat menuntut sepuluh resolusi bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Dalam pertemuan tersebut, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan seorang bekas menteri diberikan sebanyak 100 permit teksi walaupun individu berkenaan telahpun menerima saham dalam syarikat bumiputera.

Keadaan itu memeritkan golongan pemandu teksi yang terpaksa menyewa teksi daripada syarikat berkenaan. 

No comments:

Post a Comment