My Add

Friday 21 October 2011

Balak: Najib dituntut bayar Kedah RM100 juta

JUMAAT, 21 Oktober, 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dituntut melaksanakan janjinya untuk membayar imbuhan sebanyak RM100 juta setahun kepada Kerajaan Kedah kerana tidak menebang balak di negeri itu.

Menurut Harakahdaily, Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman (gambar) berkata, janji tersebut bukan hanya dibuat oleh Najib, malah oleh dua bekas Perdana Menteri sebelum ini, tetapi masih belum ditunaikan sehingga sekarang.

Katanya, Perdana Menteri tidak sepatutnya bercakap sahaja untuk membayar imbuhan tersebut, tetapi tidak pula mengambil sebarang usaha untuk melaksanakannya.

"Janji itu telah terlalu lama, malah sejak dua bekas Perdana Menteri sebelum ini dan sekarang perlu ditunaikan sejajar dengan janji yang telah dibuat," katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Jika janji itu tidak dilaksanakan juga, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, menurut beliau, berhak menuntutnya kerana Kerajaan Kedah sememangnya berhak mendapat imbuhan tersebut.


No comments:

Post a Comment