My Add

Thursday 13 October 2011

Benarkah bajet Najib tidak bantu pertumbuhan ekonomi?

KHAMIS, 13 Oktober, 2011: Macam biasa, Wall Street Journal (WSJ), akhbar terkemuka Amerika Syarikat, mengkritik Perdana Menteri kerana 'diandai' gagal memenuhi jaminan untuk memperbaiki dasar ekonomi dan undang-undang yang pincang.

Menurut laporannya semalam, Datuk Seri Najib Razak, dianggap menawarkan Bajet 2012, untuk menawan hati pengundi menjelang pilihan raya, berbanding membantu pertumbuhan ekonomi negara,

WSJ berkata. Najib telah menawarkan belanjawan penuh dengan tawaran untuk memenangi hati pengundi dalam pilihan raya berikutnya, yang dijangka dalam tempoh enam bulan.

Dalam proses itu, beliau (Najib) mematikan jangkaan pembaharuan ekonomi untuk menggalak pertumbuhan, katanya.

Belanjawan tersebut, disifatkan sebagai belanjawan sementara, tidak membantu daya saing Malaysia, katanya lagi.

Ia merujuk pemberian tunai bagi 1.3 juta kakitangan awam dan pengecualian cukai sangat besar, yang antara lain diberi kepada ibu bapa, kanak-kanak yang bersekolah dan pemandu-pemandu teksi, tambah WSJ.

WSJ menyebut, bahaya sebenar belanjawan yang dibentangkan Najib ialah keputusan berhubung subsidi makanan dan bahan bakar yang dijangka berjumlah RM33.2 bilion.

“Ekonomi yang bergantung eksport telah melemahkan pasaran dan kos sara hidup meningkat di rumah- Pertumbuhan KDNK jatuh di bawah lima peratus dalam penggal tahunan untuk suku tahun terakhir- dan perlu insentif jangka panjang untuk melabur dan membina pasaran pengguna domestik yang kuat,”
katanya.

WSJ berkata, Najib telah meliberalisasi pelaburan asing dalam 17 sub-sektor, yang memaksa pelabur asing untuk melabur di negara ini.

Namun katanya, reformasi yang dilakukan tidak memberi impak sepenuhnya kerana beberapa sektor masih dipelopori bumiputera yang membentuk majoriti populasi dengan dasar-dasar perlindungan.

“Kerajaan perlu untuk menyelesaikan reformasi lebih besar dalam industri seperti pembuatan, di mana peraturan-peraturan masih memberi penguasaan kepada orang Melayu,”

“Najib telah bercakap untuk melakukan perubahan radikal apabila dia mengemukakan ‘Model Ekonomi Baru’ tahun lepas, tetapi dia mengecewakan pengundi dengan gagal mengikutinya,” lapor WSJ.


No comments:

Post a Comment