My Add

Thursday 13 October 2011

Dana RM2j bagi galak terbit buku ilmiah S&T Bahasa Melayu

Muhyiddin
Bernama
KHAMIS, 13 Okt0ber, 2011:Kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mewujudkan dana berjumlah RM2 juta mulai tahun depan.

Dana berkenaan bertujuan menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, setiap penulis yang menghasilkan buku tersebut yang akan diterbitkan DBP akan menerima ganjaran RM20,000 selain bayaran royalti yang biasa diterima.

"Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan menentukan karya-karya yang layak diterbitkan berdasarkan menuskrip yang dihantar dan memberi ganjaran kepada penulis yang berjaya,” katanya semasa merasmikan majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat kebangsaan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Melaka hari ini.

Muhyiddin berkata, penubuhan dana tersebut merupakan antara langkah kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Beliau berkata, pasa masa kini, jumlah buku ilmiah dalam bidang sains dan teknologi yang bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu amat sedikit iaitu daripada hampir 15,700 judul buku yang diterbitkan di negara ini, hanya terdapat kira-kira 3,900 judul buku dalam kedua-dua bidang itu.  

No comments:

Post a Comment