My Add

Wednesday 19 October 2011

BN terus amal konsep permuafakatan, kerja kuat - Pak Lah

Bernama
RABU, 19 Oktober, 2011: UMNO dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) akan terus mengamalkan konsep permuafakatan serta bekerja kuat agar mendapat keyakinan rakyat untuk terus memerintah negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, BN kini bekerja lebih bersungguh-sungguh dan telah membuktikan kepada rakyat bahawa hanya gagasan itu sahaja yang mampu membawa pembaharuan serta perubahan kepada rakyat dan negara ini.

Meskipun tidak memperoleh majoriti dua pertiga kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-12, namun ia bukan penghalang kepada kerajaan BN untuk melaksanakan perubahan dan pembaharuan di negara ini, katanya.

Katanya, pembaharuan dan transformasi yang sedang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang merangkumi ekonomi, sosial dan perundangan kini diterima rakyat.

Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Ketua Umum Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Republik Indonesia Mohamad Taufiq Kiemas di pejabatnya di Putrajaya, hari ini. 

No comments:

Post a Comment