My Add

Wednesday 19 October 2011

Mohd. Zaid calon KITA di Parliman Batu Pahat

Utusan Malatsia
RABU, 19 Oktober, 2011: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) semalam mengumumkan calon pertama parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusinya, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan penulis buku dan penganalisis politik, Drs. Mohd. Zaid Mohd. Yusof, 48, sebagai calon parti itu bagi merebut kerusi Parlimen Batu Pahat yang kini disandang oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Zaid Ibrahim
Mohd. Zaid yang berkelulusan Sarjana Sejarah Politik dari Universiti Sumatera Utara ialah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Batu Pahat.

Zaid memberitahu, beliau yakin dengan ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki Mohd. Zaid yang juga merupakan kenalan rapatnya.

"Apa yang penting, calon yang dipilih dapat menjadi suara rakyat, menyampaikan kehendak rakyat dan berani mempertahankan apa yang benar," katanya pada Forum Perbincangan Permasalahan Penduduk Setempat di sini, hari ini.

Antara buku tulisan Mohd. Zaid ialah Cabaran dan Aliran Baru Dalam UMNO serta Dinamikal Perjuangan Bangsa.

Zaid berkata, beliau masih belum memutuskan tempat untuk bertanding tetapi sedang meneliti perkara itu dan mengumumkannya dalam masa terdekat.

Menurutnya, pada masa ini KITA belum menetapkan sasaran untuk meletakkan jumlah calon pada pilihan raya itu nanti .

"Kami akan buat pengumuman dan meneliti pemilihan calon dan lokasi termasuk di Sabah secara berperingkat-peringkat," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Zaid berkata, beliau tidak menyangka diumumkan sebagai calon pertama parti KITA .

"Saya berterima kasih diberi kepercayaan dan akan memperjuangkan nasib penduduk setempat seperti masalah pengangkutan awam termasuklah yang dihadapi pemandu teksi.

"Apa yang penting adalah pelaksanaan pantas. Bukan sekadar transformasi atau retorik semata-mata," katanya.

No comments:

Post a Comment