My Add

Saturday 8 October 2011

Dari beratus insentif bajet, dua perkara serupa buku Jingga

SABTU, 08 Okrober, 201: 1Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata daripada beratus insentif untuk rakyat dalam Bajet 2012 dibentangkan semalam, hanya dua perkara saja yang kebetulan menyamai Buku Jingga pembangkang.

Beliau berkata, perkara itu adalah pemberian insentif kepada wanita RM500 yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan bantuan pendidikan kepada anak sekolah rendah dan menengah.

Katanya, secara keseluruhan bajet tahun depan adalah lebih holistik untuk rakyat yang lebih berpijak di bumi nyata berbanding cadangan belanjawan pembangkang dalam Buku Jingga.

"Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah lebih praktikal berbanding Buku Jingga pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Taklimat Perdana, di Terminal Agrobisnes Negara (TEMAN) dekat Kota Bharu, ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, demikian mengulas dakwaan pembangkang bahawa bajet yang dibentangkan semalam adalah untuk memancing undi pilihan raya umum yang kian hampir.

Jamil Khir pula berkata, Bajet 2012 adalah seimbang bagi pembangunan rohaniah dan jasmani kerana ia mengutamakan kebajikan rakyat.

"Ia bersesuaian dengan tuntutan Islam dan bajet kali ini meletakkan negara di landasan sebenar seiring dunia dan akhirat bukan sekadar angan-angan," katanya. 

Sementara itu, Ketua Pembangkang Kelantan, Datuk Md Alwi Che Amad, berkata belanjawan kali ini lebih bersifat keinsanan kerana rakyat mendapat faedah lebih banyak daripada kerajaan.

"Kalau dulu segala projek dilaksanakan akan diberikan kepada kontraktor dalam aspek pembangunan namun sekarang semua rakyat menikmati insentif yang disediakan kepada mereka," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment