My Add

Monday 17 October 2011

Hebahkan amalan baik BN

Utusan Malaysia
ISNIN, 17 Oktober, 2011: Barisan Nasional (BN) perlu membuat hebahan seluas mungkin kepada masyarakat mengenai amalan baik yang dibuat oleh parti itu bagi menunjukkan ia adalah kerajaan yang prihatin kepada rakyat.

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, aspek hebahan itu kurang diberi perhatian oleh BN tetapi diberikan tumpuan oleh pembangkang di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka.
Add caption

Beliau berkata, perkara itu berlaku mungkin disebabkan pemimpin BN tidak melihat publisiti sebagai sesuatu yang penting semasa mereka berbuat demikian. 

"Sebagai contoh, pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang dihebohkan secara besar-besaran sedangkan Kerajaan Pusat yang memberikan subsidi berbilion ringgit kepada rakyat tidak mendapat publisiti yang begitu besar," katanya ketika berucap pada Konvensyen BN 2011 peringkat Negeri Sembilan, di Seremban, semalam.

Dalam ucapannya, Soi Lek turut meminta ahli-ahli MCA di negeri itu mengetepikan perbezaan pendapat dengan memberikan tumpuan kepada ancaman musuh politik yang sebenar.

"Sebagai ahli politik, kita mesti berjiwa besar dengan memaafkan ahli-ahli parti sendiri kerana kita mahu mendirikan parti yang kuat," ujarnya.

Sementara itu, Presiden PPP, M. Kayveas berkata, penguasaan BN di dunia siber masih lemah terutamanya dalam menjawab isu-isu yang ditimbulkan di dunia maya itu.

Katanya, kelemahan itu begitu menonjol sehingga menjejaskan prestasi BN pada pilihan raya umum lalu.

"Sehingga kini, BN belum pandai membalas serangan-serangan yang dibuat di alam siber dan ini satu perkembangan yang tidak boleh dibiarkan begitu saja," katanya.

No comments:

Post a Comment