My Add

Monday 17 October 2011

Kelantan akan kaji sejarah sebelum beri penghargaan

Bernama
ISNIN, 17 Oktober, 2011: Kerajaan Negeri Kelantan akan mengkaji terlebih dahulu sejarah negara sebelum mahu memberikan sebarang penghargaan kepada pejuang kemerdekaan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ini kerana pihaknya mahu mendapatkan gambaran sebenar sejarah kerana ada yang berpandangan negara tidak pernah dijajah British.

"Cadangan untuk memberikan penghargaan ini adalah sangat baik tetapi kita mahu teliti terlebih dahulu sejarah yang ada, nanti kita tidak mahu dikatakan Kelantan tidak tahu sejarah,” katanya pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Bharu,, hari ini.

Mohd Amar berkata, kerajaan negeri Kelantan bagaimanapun tidak pernah melupai jasa pejuang itu terutama kepada guru-guru agama yang ketika itu turut berjasa berjuang untuk menegak kemerdekaan negara.

"Kelantan sudah meletakkan nama pejuang itu pada tempat-tempat tertentu seperti jalan menggunakan nama seperti Tok Janggut,” katanya.

Menjawab soalan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) yang mahu kerajaan negeri Kelantan membuat pendirian mengenai kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengenai pengiktirafan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, Mohd Amar berkata, perkara itu juga akan diteliti terlebih dahulu.

Sebelum itu, Abdul Aziz ditegur Timbalan Speaker Mohd Zaki Ibrahim kerana menyebut Mohamad sebagai “Profesor Mat Sabu”, wakil BN itu kemudiannya menarik balik perkataan tersebut. 

No comments:

Post a Comment