My Add

Friday 21 October 2011

Himpunan Sejuta Umat: Alumni Indonesia turut menyokong

Utuan Malaysia 
JUMAAT, 21 Oktober, 2011: Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan diadakan di Stadium Shah Alam petang esok.

Sehubungan itu, Presidennya, Dr. Shamsul Bahar Abdul Kadir menggesa ahli-ahli persatuan itu agar menyertai perhimpunan tersebut kerana ia penting bagi membuktikan keutuhan dan kekuatan umat Islam di negara ini masih menebal.

"Kami percaya Himpun dapat menyampaikan mesej yang jelas kepada semua pihak baik kawan maupun lawan, termasuk mereka di luar negara agar tidak memecah-belahkan umat Islam di negara ini dan bahawa kita masih teguh bersatu serta sanggup mempertahankan agama yang kita junjung.

"Islam adalah agama negara ini, biarlah umat Islam menguruskan hal ehwal Islam di Malaysia tanpa campur tangan pihak luar,” katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

PAPTI merupakan persatuan yang menghimpunkan rakyat Malaysia yang pernah mendapat pendidikan di institusi-institusi pengajian tinggi di Indonesia.

No comments:

Post a Comment