My Add

Friday 21 October 2011

Himpunan Sejuta Umat turut disertai 60 kumpulan nasyid

JUMAAT, 21 Oktober, 2011: Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam petang esok turut disertai kira-kira 60 kumpulan nasyid yang akan mengalunkan lagu-lagu serta zikir bersama.

Antara kumpulan nasyid popular yang disahkan menyertai Himpun ialah Rabbani, Raihan, In-Team, UNIC dan Hijjaz yang akan membuat persembahan pada pembukaan perhimpunan tersebut.

Berikut aturcara Himpun petang esok:

2 - 3 petang: Majlis bermula dengan alunan nasyid dan zikir oleh 60 kumpulan nasyid dan artis antaranya Rabbani, Raihan, In-Team, UNIC dan Hijjaz.

3 - 5.30 petang: Ceramah oleh 13 penceramah terdiri daripada wakil mufti, pelajar, belia, NGO dan lain-lain antaranya Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria.

5.30 petang: Penyerahan deklarasi Himpun setebal dua muka surat yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Majlis Raja-Raja.

6 petang: Majlis bersurai.

No comments:

Post a Comment