My Add

Friday 21 October 2011

Penganjur harap PAS sertai HIMPUN

JUMAAT, 21 Oktober, 2011: Penganjur Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) berharap ahli parti politik khususnya PAS, akan ke Stadium Shah Alam, esok bagi menyatakan sokongan terhadap program berkenaan walaupun kepemimpinan parti itu menyatakan tidak akan menyertainya. 

Pengerusi Bersama HIMPUN, Dr Yusri Mohamad, berkata kenyataan pemimpin politik termasuk PAS jelas tidak menghalang penyertaan ahli mereka dan keputusan itu dialu-alukan kerana HIMPUN bertujuan mempertahankan akidah umat Islam tanpa mengira ideologi politik.

Malah, beliau turut menjemput masyarakat bukan Islam untuk turut serta supaya isu yang ingin disampaikan dapat difahami seluruh rakyat berbilang kaum.

“Sebagai umat Islam, ahli PAS juga sepatutnya menjayakan HIMPUN walaupun parti itu tidak menyertainya sebagai sebuah organisasi. Kita fokuskan pada isu akidah dan dalam bab ini tidak kira parti apa pun perlu ada kesefahaman (memahami kepentingan mempertahan akidah umat Islam),” katanya, semalam.

No comments:

Post a Comment