My Add

Friday 21 October 2011

Jangan bunuh saya, anak saya: Muammar Gaddafi

JUMAAT, 21 Oktober, 2011: Menurut laporan AP dari Sirte, apabila ditarik keluar dari pembentungan paip, bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, yang cedera mengangkat tangannya dan merayu kepada Pejuang Revolusi: "Jangan bunuh saya, anak saya.

" Dalam tempoh sejam, beliau meninggal dunia; tetapi masih hidup ketika rakyat Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan. 

PEJUANG anti-Gaddafi meraikan kejatuhan pemerintahan Muammar Gaddafi di Sirte, hari ini. Gaddafi terbunuh ketika pejuang menggempur bandar kelahirannya dan kubu terakhirnya di Sirte, semalam. - Foto Reuters



No comments:

Post a Comment