My Add

Friday 21 October 2011

Polisi DAP lonjak harga rumah?

Oleh LEE HOOI BOON

Utusan Malaysia
JUMAAT, 21 Oktober, 2011:mPolisi yang diperkenalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan menjadi punca harga rumah di negeri ini melonjak sehingga penduduknya tidak mampu memiliki kediaman sendiri.

Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Gerakan negeri, Teh Leong Meng berkata, kerajaan negeri menetapkan syarat-syarat antaranya mengenakan pelbagai caj kepada pemaju.

Akibatnya, jelas beliau, pemaju terpaksa menaikkan harga rumah sehingga berlipat kali ganda bagi memastikan mereka tidak menanggung kerugian.

"Selain itu, sejak mentadbir tiga tahun lalu, kerajaan negeri langsung tidak membina perumahan kos rendah dan ini menyukarkan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri," katanya di Pulau Pinang, semalam.

Beliau menambah, program Malaysia Rumah Keduaku yang menarik ramai warga asing membeli rumah di negeri ini turut menyebabkan pemaju berlumba-lumba membina kediaman mewah.

Leong Meng memberitahu, kira-kira 70 hingga 80 peratus isi rumah di negeri ini berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dan mereka memang tidak mampu membeli rumah berharga tinggi.

"Kerajaan negeri sepatutnya menjalankan tanggungjawab sosial korporat untuk menolong golongan memerlukan rumah sendiri," katanya.

No comments:

Post a Comment