My Add

Thursday 20 October 2011

Jeff Ooi mahu permit Utusan digantung

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
Insiden kontroversi Gambar ini dirakam pada satu majlis ikrar di Pulau Pinang pada Mei 2011. Majlis itu yang melibatkan pemimpin parti pembangkang telah mencetuskan kontroversi.





Utusan Malaysia
KHAMIS, 20 Okt. 2011: Cabaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak disahut, sebaliknya wakil rakyat DAP, Jeff Ooi menuntut permit Utusan Malaysia digantung kononnya kerana menerbit berita palsu berhubung rancangan menjadikan Kristian agama rasmi.

Menurut Ooi, Utusan perlu dikenakan tindakan kerana membuat laporan tidak berasas yang cuma mencetuskan keadaan tegang antara agama di Malaysia.

“Saya minta Menteri Dalam Negeri menggantung lesen percetakan Utusan Malaysia," katanya di lobi Parlimen semalam.

Semalam, Hishammuddin mencabar Ooi menyaman Utusan Malysia jika ahli Parlimen DAP itu yakin pendedahan akhbar tersebut mengenai agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini dalam satu majlis tertutup pada Mei lalu adalah salah.

Cabaran itu dibuat sebagai menjawab dakwaan Ooi yang dipetik daripada akhbar The Sun dan disiarkan dalam portal Malaysiakini bahawa beliau mengesahkan tidak ada bukti kukuh bagi menyokong dakwaan kumpulan Kristian mahu menjadikan agama itu sebagai agama rasmi.

Namun semalam, bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman yang berada dalam majlis itu sekali lagi meminta mana-mana pihak supaya tidak mempertikaikan kredibiliti pihak berkuasa menyiasat isu tersebut.

Ooi sebelum ini menafikan dakwaan terlibat dalam satu majlis pertemuan paderi yang kemudiannya melafaz ikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Majlis tersebut dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan terlebih dahulu didedahkan oleh bigdogdotcom menerusi entri bertajuk Making Chris tianity the official religion? dan blog Marah ku di http://marahku.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment