My Add

Thursday 20 October 2011

Kelantan bimbang makin ramai suri rumah hidapi HIV

Bernama
KHAMIS, 20 Oktober, 2011; Kerajaan Pas Kelantan bimbang dengan peningkatan bilangan penghidap HIV di negeri itu terutama yang membabitkan suri rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, bahawa pada 2009 sebanyak 616 kes baru penghidap HIV direkodkan iaitu jumlah tertinggi di negara ini.

"Daripada jumlah itu 16 peratus daripadanya adalah wanita dan daripada jumlah 16 peratus itu pula, 40 peratus merupakan suri rumah.

"Suri rumah ini tidak bersalah dan mendapat jangkitan HIV yang sudah tentunya daripada suami sendiri,” katanya kepada pemberita sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan berhenti rehat, hari ini.

Wan Ubaidah berkata golongan lelaki terutama suami agar tidak melanggan pelacur manakala golongan muda menjauhi hubungan seks luar nikah itu. 

No comments:

Post a Comment