My Add

Thursday 20 October 2011

Kelantan lebih relevan di bawah UMNO


Utusan Malaysia
KHAMIS, 20 Oktober, 2011: Rakyat negeri ini wajar memberi sokongan penuh kepada UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan seterusnya membawa kemajuan kepada rakyat dalam pelbagai aspek.

Bekas aktivis Pas, Datuk Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, rakyat Kelantan sepatutnya bijak menilai kredibiliti kerajaan Pas Kelantan yang telah diberi mandat mentadbir negeri ini lebih 20 tahun.

Katanya, tempoh tersebut terlalu panjang, namun negeri ini masih juga mundur menyebabkan rakyatnya terus ketinggalan berbanding negeri lain.

“Apa manfaat yang boleh rakyat kecapi selama 20 tahun Pas memerintah? Masalah air, rakyat tidak mampu miliki rumah sendiri, masalah tanah yang menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan rakyat sampai sekarang belum ada jalan penyelesaian. Itu belum mengambil kira janji-janji yang masih gagal dikota.

“Oleh kerana kuasa mutlak dalam memilih pemimpin terletak di tangan rakyat, maka adalah wajar sekiranya rakyat tampil membuat perubahan, menukar kerajaan kepada sebuah kerajaan yang lebih berwibawa dan berwawasan,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kota Bharu, semalam.

Mohd. Fared yang juga Naib Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan Turun Padang (NGO TP) berkata, perancangan pembangunan dari aspek sosiologi, ekonomi, sosial dan sebagainya pasti lebih lancar sekiranya BN mentadbir negeri ini.

No comments:

Post a Comment