My Add

Friday 21 October 2011

Kenyataan fitnah: MB Perak saman Pengerusi DAP Perak

Bernama
JUMAAT, 21 Oktober, 2011: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham kerana memfitnahnya.

Katanya, beliau telah memberi peluang kepada Koo Ham untuk memohon maaf tetapi tidak diambil peduli.

"Saya telah beri masa 24 jam kepada Koo Ham untuk membuat penjelasan dan memohon maaf tetapi dia lakukan sebaliknya. Daripada memohon maaf, Koo Ham buat laporan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM)...

“Koo Ham sedar dia tersepit dan sebagai jalan keluar dia telah menggunakan taktik ini pula,” katanya kepada pemberita di Pulau Pangkor.

Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor berkata, beliau telah meminta sepasukan peguam untuk mengambil tindakan perundangan terhadap Koo Ham kerana masa yang diberikan kepada Koo Ham memohon maaf telah tamat.

Koo Ham, yang juga ADUN Sitiawan, sebelum ini mendakwa Menteri Besar telah meluluskan tanah seluas 68,503 ekar dan menjual 60,561.75 ekar tanah pertanian atau industri dengan nilai RM375 bagi setiap 0.4 hektar.

No comments:

Post a Comment