My Add

Sunday 23 October 2011

Kerajaan Selangor dicabar tunai janji bangunkan PPR

Oleh NUR AZHAR ZAINOODDIN

Utusan Malaysia
AHAD, 23 Oktober, 2011: Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, mencabar kerajaan negeri Selangor untuk membangunkan projek-projek perumahan (PPR) mampu milik di negeri itu.

Katanya, semenjak Pakatan Rakyat (PR) menerajui Selangor, pembinaan projek seumpama itu tidak menjadi dilaksanakan dalam menjaga kebajikan rakyat.

“Semasa Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor dahulu, kira-kira 60,000 unit rumah mampu milik telah dibangunkan di seluruh Selangor.

“Namun setelah mereka mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008 lalu, tiada satupun projek perumahan mampu milik ini dibangunkan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Kesihatan Rakyat 1Malaysia, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, hari ini. 

No comments:

Post a Comment