My Add

Sunday 23 October 2011

PBRS sokong Gerakan tumpu kerusi semenanjung

Bernama
AHAD, 23 Oktober, 2011: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup menyatakan sokongan terhadap seruan yang mahukan parti Gerakan menumpukan usaha memenangi kerusi Barisan Nasional (BN) di Semenanjung berbanding meletakkan calon di negeri ini.

Beliau berkata, seruan itu “memang ada asasnya” memandangkan sentimen rakyat Sabah memerlukan atau lebih memihak kepada parti komponen BN tempatan.

"Setiap kali kami masuk kampung mereka memberi tahu kami bahawa mereka sokong parti tempatan. Jadi, untuk tidak mengurangkan peluang kita memenangi pilihan raya akan datang, kami juga berpendapat bahawa Gerakan seharusnya memberi tumpuan di tempat-tempat mereka kalah dahulu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2011 di Tanah Bencah Kota Kinabalu dekat Kota Kinabalu, hari ini.

Beliau berkata, walaupun terdapat pemimpin Gerakan di Sabah yang memegang jawatan Menteri dalam kabinet kerajaan negeri namum mereka memperolehnya secara teknikal dan bukan daripada sokongan rakyat.

"Kita tidak tahu sebenarnya sokongan ini datang daripada rakyat atau tidak dan kita berpendapat, dari segi prinsip pun, kita mesti fokus tempat-tempat yang kita boleh menang.

"Kawasan yang kita kira boleh dimenangi oleh parti tempatan, saya rasa tidak ada sebab parti tempatan tidak boleh bertanding di kawasan itu,” kata Kurup. 

No comments:

Post a Comment