My Add

Sunday 16 October 2011

Koh Tsu Koon sedia berkorban demi kebaikan Gerakan


Koh Tsu Koon
Bernama
AHAD, 16 Oktober, 2011: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, beliau sanggup berkorban demi kebaikan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, butiran mengenai pengorbanan yang akan beliau lakukan itu akan diumumkan pada masa yang sesuai nanti.

Beliau tidak akan dedahkan lebih banyak mengenai apa yang akan beliau lakukannya kerana terdapat beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan sebelum pengumuman itu dibuat.

"Setakat yang saya tahu, saya tidak akan memberitahu anda hari ini apa sebenarnya yang akan saya lakukan kerana saya masih memerlukan beberapa pemeriksaan dan penyelarasan, tetapi saya boleh pastikan kepada anda, yang saya bersedia untuk mengorbankan diri saya untuk parti,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh.

Beliau membuat ucapan penutup pada persidangan perwakilan kebangsaan ke-40 parti Gerakan di Kuala Lumpur, hari ini.

Tsu Koon berkata, beliau tidak akan melakukan pengorbanan itu sebelum mengatur persediaan yang perlu dengan partinya.

No comments:

Post a Comment