My Add

Sunday 16 October 2011

Terengganu tiada halangan akta murtad dilaksanakan

Ahmad Said
Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA

Utusan Malaysia
AHAD, 16 Oktober, 2011: Kerajaan negeri tidak mempunyai halangan sekiranya akta berkaitan murtad dilaksanakan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya menyerahkan kepada kebijaksanaan Jabatan Hal Ehwal Islam Terengganu (JHEAT) untuk berbincang berhubung perkara itu.

"Bagi saya, Terengganu tiada masalah (perlaksanaan akta murtad). Biarlah orang-orang agama yang menentukan perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan e-book kepada 467 murid dari 11 buah sekolah dalam daerah Kuala Berang, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata, cadangan mewujudkan akta murtad sekiranya ada keperluan harus disepakati di peringkat negeri bagi menentukan sama ada pelaksanaannya dalam bentuk akta Persekutuan atau enakmen.

Jelasnya, perkara itu harus dipertimbangkan kerana setiap hal ehwal berkaitan dengan agama terletak di bawah bidang kuasa negeri.

No comments:

Post a Comment