My Add

Thursday 6 October 2011

Ku Li tidak keberatan video ‘Undilah’ ditarik balik

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak keberatan jika video pengumuman khidmat pesanan awam ‘Undilah’ yang dikatakan mengandungi babak tidak disenangi ramai, ditarik balik.

"Bagi orang yang nak haramkan video itu kalau dia ada kuasa, dia haramkanlah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Tengku Razaleigh merupakan antara tokoh yang muncul dalam video itu, yang menampilkan 40 personaliti termasuk ahli-ahli politik daripada Barisan Nasional dan pakatan Parti Keadilan Rakyat-PKR-Pas, artis tempatan dan ahli sukan.

Video selama 4.38 minit arahan pemuzik Pete Teo yang boleh diakses di laman Youtube dan dilancarkan sempena Hari Malaysia itu menyeru rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi.

Tengku Razaleigh berkata, beliau secara peribadi berpendapat video itu .mempunyai mesej yang bagus untuk masyarakat. - Bernama

No comments:

Post a Comment