My Add

Thursday 6 October 2011

Lepas Hudud, royalti, hasil minyak dituduh tak dimaklumkan

Datuk Husam Musa
LEPAS satu. ungkit perkara lain pula. Belum reda isu Hudud yang diraancang hendak dilaksanaka di Kelantan, dibangkitkan semula soal royalti minyak dan gas. 

Lagi dakwaan, Kelantan bukan sahaja tidak pernah mendapat sebarang royalti hasil minyak dan gas yang dituntut oleh kerajaan negeri daripada Petronas sebelum ini, malah 32 telaga minyak dan gas dari Bumi dan Suria yang  mengeluarkan hasil mutakhir juga disembunyikan.

Menurut Harakahdaily, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa, merungut, gas dan minyak yang dikeluarkan dari 24 daripada 32 telaga masing-masing di Bumi dan Suria, tidak pernah dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

“Jangankan ingin membayar royalti pada kerajaan negeri yang dituntut sebelum ini, malah hasil pengeluaran mutakhir ini juga tidak pernah dimaklumkan.

“Tindakan ini amat tidak bermoral kerana telah mencuri hasil kekayaan kerajaan negeri,” ujarnya yang juga anggota Exco kerajaan negeri selepas mesyuarat exco, semalam. hari ini,

Datuk Husam berkata, sebagaimana hasil yang telah diperolehi dari telaga-telaga minyak dan gas yang lain, dari Bumi (16) dan Suria (16) juga adalah milik kerajaan negeri.

katanya, kedudukannya yang paling hampir dari Kelantan hanya memakan masa selama 35 minit melalui udara cukup membuktikan ianya berada dalam kawasan perairan Kelantan.

“Rakyat perlu mengetahui perkara ini dan rakyat juga perlu mengetahui Petronas dan kerajaan menafikan lagi hak mereka dan kerajaan negeri." ujarnya.

No comments:

Post a Comment