My Add

Wednesday 5 October 2011

Mahkamah kekal tolak rayuan Anwar mahu singkirkan hakim

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memuktamadkan rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menarik diri untuk kali ketiga daripada terus mendengar prosiding kes liwatnya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak rayuan akhirnya selepas berpendapat, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa mendengar rayuan berkaitan isu-isu interlokutori.

Bagaimanapun, beliau yang bersidang bersama Hakim Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong membenarkan permohonan Anwar agar empat perenggan dalam penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan itu dipadam daripada rekod rayuan.

Panel itu membenarkan perenggan 6, 15, 18 dan 75 dalam penghakiman yang ditulis oleh Hakim Datuk Abdul Malik Ishak dipadamkan selepas berpuas hati perenggan-perenggan berkenaan bersifat menghina dan merendah-rendahkan Anwar.

Penghakiman itu ditulis ekoran keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Julai lalu menolak rayuan Ketua Pembangkang tersebut agar Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada terus mendengar prosiding kes liwatnya. - Utusan

No comments:

Post a Comment