My Add

Wednesday 5 October 2011

KPF: PAS desak Jabatan Koperasi siasat Isa Samad


 
TEMERLOH: PAS mendesak Jabatan Pembangunan Koperasi menyiasat Tan Sri Isa Samad di atas tindakan melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Permodalan Felda Berhad (KPF) tanpa melalui mesyuarat agung sebagaimana peruntukan undang-undang koperasi.

Perlantikan ini bertentangan dengan Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi kerana perlantikan itu sepatutnya dibuat dalam mesyuarat agung dan bukannya dalam mesyuarat lembaga.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini, lapor Harakahdaily.

Beliau dipercayai mengulas laporan langkah Isa melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF, sebuah koperasi yang dimiliki oleh peneroka dan kakitangan Felda.

"KPF ini adalah milik peneroka dan pada pandangan mereainan Pengarah Besar Felda dan juga Pengerusi KPF, Datuk Dzulkifli Abd Wahad tidak perlu ditukar kerana sepanjang pimpinannya, KPF tidak pernah rugi bahkan berjaya memberikan dividen hingga 15 peratus tahun lalu," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.

Selain itu, tahun lalu, KPF telah dipilih antara 10 koperasi cemerlang di negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011.

KPF adalah sumber kewangan utama bagi kakitangan dan peneroka Felda selain gaji dan pendapatan mereka sebagai peneroka.

Hanya peneroka dan kakitangan Felda sahaja boleh menjadi ah"Oleh itu, Isa yang hanya dilantik untuk jangka waktu tertentu sahaja dan bukan kakitangan semestinya tidak layak jadi ahli," kata beliau.

Menurut Tuan Ibrahim yang tinggal di kawasan Felda Jengka, Pahang, yang menyayatkan hati warga dan kakitangan Felda sekarang ialah bilamana beliau yang bukan ahli KPF, telah secara tidak segan-silu melakukan perlantikan diri-sendiri untuk menerajui KPF.







No comments:

Post a Comment