My Add

Tuesday 18 October 2011

Makanan “menu rakyat” sedap dan berkualiti, kata Najib

NAJIB membayar juadah makan tengah hari di salah satu restoran Menu Rakyat 1Malaysia, Restoran Ukhwah di Medan Tuanku, di tengah ibu kota Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Effendy RashidNajib Razak membayar juadah makan tengah hari di salah satu restoran Menu Rakyat 1Malaysia, Restoran Ukhwah di Medan Tuanku, di tengah ibu kota Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Effendy Rashid

Bernama
SELASA, 18 Oktober, 2011: Datuk Seri Najib Tun Razak memuji makanan yang dijual di restoran yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia sambil menyifatkannya sebagai sedap dan berkualiti.

Perdana Menteri menyatakan sedemikian selepas menikmati nasi berlaukkan ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom di Restoran Ukhwah di Lorong Medan Tuanku di Kuala Lumpur.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mengiringi Perdana Menteri, berkata kunjungan Najib ke premis itu adalah untuk menikmati dan menilai sendiri kualiti makanan yang dijual kepada rakyat pada harga RM4 untuk makanan tengah hari dan RM2 untuk sarapan.

"Perdana Menteri datang semata-mata untuk makan. Beliau nak rasa sendiri makanan yang dimakan oleh rakyat,” katanya kepada pemberita.

Ismail Sabri berkata kunjungan Najib juga membuktikan bahawa persepsi sesetengah pihak kononnya menu murah di premis atau restoran yang menyertai program anjuran kementerian itu tidak berkuliti, adalah tidak benar. 

No comments:

Post a Comment