My Add

Tuesday 18 October 2011

Pakatan kecam blogger UMNO fitnah anak Guan Eng

Muhammad Faizal 
Harakahdaily

SELASA, 18 Oktober, 2011: Pakatan Rakyat (PR) mengecam tindakan blog milik UMNO yang telah menyebarkan fitnah kepada keluarga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui pada sidang media di Parlimen hari ini menjelaskan PR juga bersimpati dan harap Guan Eng serta keluarga dapat bersabar.

"Kita bersimpati dengan apa yang dialami oleh Guan Eng sekeluarga dan kita melihat inilah cara UMNO melemparkan isu fitnah.

"Tindakan UMNO menggunakan remaja yang berusia 16 tahun adalah cara yang amat jijik mengaibkan dan hanya melambangkan kepura-puraan pemimpin Umno yang mempersoalkan moral serta akhlak," jelasnya.

Anwar juga menyatakan PR mengutuk cara UMNO dan meminta fitnah tersebut dihentikan segera.

"Nampaknya fitnah UMNO sudah tidak ada batasnya sehinggakan mereka sanggup melempar fitnah kepada seorang tokoh malah melibat remaja yang masih muda.

"Kita berharap Guan Eng dan keluarga dapat bersabar menghadapi fitnah tersebut, kita ada keluarga dan anak menggunakan politik sedemikian adalah satu yang tidak masuk akal.

"Tindakan sedemikian hanyalah untuk memenuhi nafsu serakah politik yang memerintah," sambung Anwar lagi.

Sementara itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menjelaskan isu fitnah sebenarnya sudah menjadi budaya UMNO setiap kali pilihanraya.

"Kita memang selalu menjadi bahan UMNO untuk mereka menyebar fitnah terutamanya untuk mereka meraih undi simpati.

"Setiap kali pilihan raya maka akan ada isu-isu terbaru sehinggakan mereka sanggup melanggar perlembagaan negara.

"Kita berharap politik kotor dalam Barisan Nasional (BN) biarlah berlegar dalam politik mereka sahaja dan jangan melibatkan rakyat diluar serta parti-parti politik yang lain," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Tambahnya lagi, ini adalah merupakan penyakit di dalam Umno yang tidak dapat diubat serta telah merosakan senario politik negara.

Dalam pada itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tindakan ke atas blogger tersebut.

"Ini menggambarkan kerja kotor UMNO yang tidak bermaruah dan saya ingin meminta pendirian Najib dan juga Muhyiddin terhadap blog tersebut serta tindakan yang akan diambil oleh mereka.

"Sikap sedemikian menunjukkan kedudukan politik Umno yang sangat rendah," jelas Kit Siang.

No comments:

Post a Comment