My Add

Saturday 22 October 2011

Masalah dalaman BN perlu diselesaikan segera: Muhyiddin


Bernama
SABTU, 22 Oktober, 2011: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan parti komponen Barisan Nasional (BN) segera menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing dan tidak menunggu sehingga tiba Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.

Bimbang dengan pergeseran dalaman parti, Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau telah mengadakan proses pertemuan dengan pemimpin parti komponen bagi membincangkan soal persiapan parti masing-masing menghadapi PRU nanti.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata beliau telah memanggil beberapa pemimpin bahagian dan memaklumkan kedudukan bahagian mereka seterusnya langkah yang perlu diambil untuk memperbaiki hubungan dan masalah sesama mereka.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selepas menghadiri majlis 'Penerangan Perdana Nurani Rakyat Sayangi Selangor bersama Timbalan Perdana Menteri' di Serdang, hari ini.

Mengenai laporan penyelidikan oleh OSK Research yang meramal BN mempunyai peluang cerah memenangi PRU ke-13, Muhyiddin berkata walaupun berita itu menggembirakan namun mengingatkan ahli komponennya supaya tidak selesa dengan laporan itu.

"Maklumat yang diterima itu mungkin disampaikan oleh ahli-ahli kita berdasarkan kerja yang dibuat di bawah. 

Tetapi betul kita harus ada satu pihak lain yang boleh menilai kenyataan itu. Saya tidak mahu pertikai mungkin mereka ada asas-asas. Tetapi kami juga dalam parti tidak boleh hanya mengharapkan itu saja tanpa ada usaha kerja," 

katanya.Katanya masih banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk memastikan rakyat benar- kita rasa yakin atau rasa 

Muhyiddin berkata untuk mencapai kejayaan pada PRU ke-13 nanti, semua ahli parti komponen BN di semua peringkat perlu bersatu.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata lawatan sehari di Selangor jelas menampakkan kepercayaan rakyat negeri itu terhadap BN yang ternyata terpedaya dengan janji-janji manis Pakatan pada pilihan raya umum lalu.

Kerajaan Selangor tak wajar politikkan isu air 

Mengenai bekalan air, Muhyiddin memberi amaran kepada kerajaan Selangor supaya tidak mempolitikkan isu itu yang akan membebankan rakyat negeri itu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menjelang 2014.

Muhyiddin berkata, kerajaan parti pakatan itu perlu bersetuju dengan Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2)demi kepentingan rakyat.

Namun, katanya kerajaan Selangor sehingga kini tidak mengendahkan langsung amaran kerajaan pusat dalam hal bekalan air.

"Kita sudah bagi amaran jangan politikkan isu air sebab soal ini akan menjejaskan nasib rakyat. Tapi nampaknya sampai sekarang pun kerajaan Selangor tak bagi lampu hijau,” katanya. 

Muhyiddin berkata, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin telah mengadakan berbincang dengan kerajaan Selangor beberapa kali namun kerajaan Selangor tidak mahu bekerjasama menyelesaikan perkara itu.

Beliau berkata yang demikian, rakyat negeri Selangor tidak boleh mempersalahkan kerajaan pusat sekiranya menghadapi krisis air kerana telah bersungguh-sungguh berusaha menyelesaikan isu itu.

"Kalau tak buat hari ini maka pada 2014, memang tak dapat dinafikan (Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya) menghadapi krisis air.

"Kerajaan Selangor sebelum selesaikan masalah lain perlu bagi persetujuan untuk membolehkan projek Langat 2 itu dilaksanakan. Jangan persalahkan kerajaan pusat kalau sampai peringkat esok tak ada bekalan dan rakyat menanggung bebanan dan derita,” katanya.

Berdasarkan unjuran permintaan dan pembekalan air di Selangor sehingga Julai tahun ini, bekalan air di Selangor sekitar 4,122 juta liter sehari (JLH) berbanding kapasiti yang ada iaitu 4,326 JLH, dengan tahap simpanan hanya 1,204 JLH atau 4.7 peratus sahaja.

No comments:

Post a Comment