My Add

Saturday 22 October 2011

UMNO Kelantan sentiasa bersedia hadapi PRU-13

Utusan Malaysia
SABTU, 22 Oktober, 2011: UMNO Kelantan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sahaja.

Ketua Penerangannya, Datuk Dali Hussin berkata, jentera parti sentiasa menjalankan kerja-kerja berkaitan pilihan raya dan dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi PRU-13.

"UMNO Kelantan mempunyai barisan atau jentera parti yang cukup mantap dan sentiasa bersedia bagi menghadapi pilihan raya, kerana kerja-kerja ini (kerja pilihan raya) dilaksanakan tanpa musim, cuma tidak didedahkan sahaja.

"Kita sentiasa komited bekerja untuk parti hingga ke akar umbi bukan saja bila saat menjelang pilihan raya," katanya semasa ditemui pada majlis kesyukuran di kediamannya di Kota Nharu, semalam.

Menjawab soalan mengenai peluang UMNO merampas Kelantan berikutan beberapa isu rakyat yang gagal diselesaikan oleh kerajaan Pas, beliau berkata, UMNO sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri.

"Sasaran kita memang untuk rampas semula Kelantan," katanya ringkas.

Teka-teki PRU-13 begitu rancak diperkatakan orang ramai sejak kebelakangan ini dengan andaian ia adakan diadakan dalam tempoh terdekat walaupun tarikh akhir pembubaran kerajaan ialah pada April 2013.

Dalam pada itu, Dali menasihatkan semua pemimpin politik di negeri ini supaya mengelakkan sebarang perselisihan faham kerana ia hanya merugikan parti.

"Apa yang penting dan perlu ditumpukan ialah gerakan kita untuk menyelami atau memahami aspirasi rakyat ke akar umbi," katanya.

No comments:

Post a Comment