My Add

Wednesday 19 October 2011

Media diajak bantu transformasi


Oleh Nazura Ngah

 

  NAJIB  menyampaikan replika cek sambil diperhatikan Muhyiddin dan  Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan,  Datuk Seri  Dr Rais Yatim   kepada  bapa Allahyarham Noramfaizul,  Mohd Nor Md Yassin pada majlis Malam Media Perdana 2011, di Dewan Felda, Kuala Lumpur,  malam tadi.
NAJIB menyampaikan replika cek sambil diperhatikan Muhyiddin dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kepada bapa Allahyarham Noramfaizul, Mohd Nor Md Yassin pada majlis Malam Media Perdana 2011, di Dewan Felda, Kuala Lumpur, malam tadi.
Peranan media mampu perkukuh hubungan antara pelbagai kaum: Najib

Berita Harian
RABU, 19 Oktober, 2011: Datuk Seri Najib Razak meminta media bersama-sama membantu kerajaan memperkukuhkan hubungan masyarakat pelbagai kaum, sekali gus menjayakan transformasi yang sedang dilaksanakan. 

Perdana Menteri berkata, kerajaan berdepan pelbagai cabaran untuk menguruskan sebuah masyarakat lebih terbuka, liberal dan progresif yang mewujudkan demokrasi yang lebih moden.

Katanya, menerusi perubahan dan transformasi ekonomi dan politik yang giat dilaksanakan, masyarakat diharap dapat mengecapi keamanan dan kestabilan serta kemakmuran negara.
Namun, beliau juga berharap media berhati-hati supaya tidak menyemarakkan api perkauman, bertindak semata-mata atas perhitungan kumpulan tertentu dalam masyarakat sehingga membawa kesan negatif kepada masyarakat dan kesejahteraan negara. 

Peranan media asing juga tidak dinafikan turut bertanggungjawab menjana perubahan kepada masyarakat lebih moden dan progresif. 

Semua media, termasuk media asing bertanggungjawab melaporkan kepada masyarakat secara tepat dan penuh tanggungjawab, katanya pada majlis Malam Media Perdana 2011, di Dewan Felda, di Kuala Lum[ur  malam tadi. 

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Majlis turut dihadiri menteri Kabinet. 
Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri menyerahkan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurugambar Bernama TV yang maut terkena tembakan ketika membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, 2 September lalu. 

Cek sumbangan RM425,933 daripada pihak insurans dan sumbangan orang ramai disampaikan kepada bapa Allahyarham, Mohd Nor Mat Yassin. Najib turut menyerahkan sumbangan peribadi RM11,000 kepada jurugambar TV3, Aji Siregar Mazlan, 26, yang cedera dalam kejadian itu.

No comments:

Post a Comment